Hubungi Kami
EN BM

Pengenalan

Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data seni budaya dan warisan termasuk data berkaitan pelancongan yang komprehensif serta memperluaskan untuk kegunaan masyarakat khususnya generasi muda termasuk pelancong.

LatarBelakang

Program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) merupakan program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk merekod, mendokumentasi, melakar landskap budaya khususnya dalam bidang seni persembahan, makanan tradisional, permainan tradisional, adat resam, tokoh seni dan budaya tempatan serta prasarana seni persembahan . Semasa bengkel Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam anjuran pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mencadangkan penjenamaan program Pemetaan Budaya kepada Program Pemetaan Pelancongan Budaya (Cultural Tourism Mapping). Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) memutuskan untuk mengekalkan program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) sebagai salah satu Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam KPK yang akan meningkatkan kolaborasi antara agensi dan sektor di bawah KPK dengan kementerian – kementerian lain yang berkenaan.

Objektif

  • Program ini bertujuan untuk mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan seni budaya, warisan dan pelancongan seluruh negara dalam bentuk penulisan, imej pegun dan video.
  • Seterusnya, ia juga merupakan Inisiatif untuk merekod dan melakarkan landskap seni budaya negara untuk pengguna sektor kebudayaan, kesenian dan pelancongan.
  • Selain itu, pelaksanaan program ini juga dapat memudahkan kecapaian kepada pengguna khususnya pelajar, penyelidik, pengkaji dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan seni budaya, warisan dan pelancongan.
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768