Hubungi Kami
EN BM

GENDANG PERLIS

Kesenian ini sebenarnya merupakan persembahan gendang silat yang khususnya dipersembahkan ketika 'Temasya Laga Kerbau' dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syaffi (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943). Pada masa itu temasya laga kerbau merupakan suatu unsur hiburan rakyat dan istana. Sekeliling gelanggang laga kerbau dibina pagar yang kukuh supaya kerbau yang sedang berlaga itu tidak merempuh orang ramai dan tempat pemukul gendang lazimnya di buat 'ran' atau 'hang' di atas pokok. Kelainan Gendang Perlis jika dibanding dengan gendang silat biasa tidak menggunakan tiupan serunai seperti yang biasa digunakan dalam gendang silat. Pemukul gendang terdiri daripada dua orang yang memukul gendang ibu dan penganak dan menggunakan kayu yang bentuknya melengkung. Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat. Apabila temasya laga kerbau diharamkan maka Gendang Perlis tidak lagi dipersembahkan buat sekian lamanya. Tetapi kesenian gendang ini dihidupkan kembali dengan fungsinya yang berlainan dengan Gendang Perlis dahulu. Kini, Gendang Perlis dipalu dan dua orang pesilat akan bersilat dengan cara berjenaka dan ia bukan lagi dimainkan untuk berlaga kerbau. Gendang Perlis selalunya dipersembahkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau dalam majlis-majlis keramaian.

Encik Ibrahim Mat Saman

Felda Rimba Mas,
02100 Padang Besar Utara, Perlis,

Tel : 019-5222 086

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768