Hubungi Kami
EN BM

RENDANG TOK

Sajian tradisional Rendang Tok menjadi pilihan utama masyarakat Perak. Bahan utama ialah daging lembu manakala bahan-bahan sampingan ialah bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, cili giling, kunyit, daun kunyit, ketumbar, jintan putih, jintan manis, santan pekat, gula melaka, kerisik, asam jawa dan garam secukup rasa. Bahan penumis pula ialah kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga serta minyak makan secukupnya.

Daging perlu diperap semalaman bersama bahan-bahan sampingan. Selepas itu pindahkan ke dalam kuali, masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Tumis bahan penumis kemudian masukkan daging yang diperap berserta bahan-bahan perapan dan tumis sehingga masak.

JKKN PERAK

Kompleks JKKN Perak,
Lot [email protected],
Jalan Carlwell, Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh Perak Darul RIidzuan.
Tel : 05-253 7001 Fax : 05-241 7017

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768