Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT RAWA KAMPAR, PERAK ADAT BERJOJAK

Upacara Berjojak, iaitu melatih bayi berjalan di atas tanah, dilakukan setelah bayi berumur 13 bulan. Setelah upacara selesai bayi dimandikan di luar rumah diakhiri dengan memberi makan. Tuan rumah menjamu para tetamu dan juga tukang jojak. Pilihan sajian adalah pulut kuning dan ayam panggang, yang juga sebagai pengeras iaitu bayaran kepada tukang jojak.

Upacara dilaksana pada waktu pagi antara 1 - 15 haribulan dalam kalendar Hijriah.Bayi dilatih berjalan di atas tiga jenis tanah serta beberapa jenis bunga. Gong dipalu dan mercun dibakar mengiringi upacara tersebut.

Barangan keperluan ialah masing-masing satu piring kecil bertih, beras putih dan beras kuning, tiga ketul tepung tawar, dua biji limau nipis, tiga batang lilin, satu ketul tanah liat, satu ketul kemenyan, dua mangkuk nasi yang diisi air, satu tepak sirih yang diisi lengkap, satu ketul kunyit hidup, dan satu bekas perasapan. Kesemua bahan tersebut diletakkan di dalam satu talam yang berlapik kain kuning.Lelangit dan kain menutupi lantai juga berwarna kuning. Bayi diwajibkan memakai inai dan memakai pakaian berwarna kuning, manakala bayi lelaki diwajibkan memakai keris.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Jalan Caldwell, Off Jalan Raja Dihilir
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-2537001 / 05-2541027
Fax : 05-2417017

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768