Hubungi Kami
EN BM

KENTRONG

Muzik Kentrong sering dimainkan dalam majlis-majlis keraian perkahwinan dan dimainkan pada waktu malam sehingga waktu subuh. Anggota minimum semasa mengadakan persembahan adalah seramai tujuh orang masa penyanyi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa tetapi bahasa Melayu akan digunakan sekiranya ada permintaan. Persembahan Kenterong akan membawa lagu yang berbentuk moden seperti lagu versi nasyid akan ditukar menjadi irama Kentrong yang perlahan dan seolah-olah sedang bersyair kepada pendengarnya. Namun begitu, semuanya masih bergantung terhadap situasi dan masa yang ada. Pada masa kini, Kenterong boleh dimainkan di mana-mana tempat atau segala permintaan undangan asalkan bersesuaian dengan kehendak majlis tersebut. Malahan pula, terdapat pakej yang menawarkan persembahan Kentrong yang dipersembahkan dalam bentuk Muzikal Kentrong, Marhaban, dan Kompang Asli iaitu dikenali sebagai "Terbangan" dalam bahasa Jawa. Kentrong mempunyai enam buah peralatan gendang yang terdiri daripada Jidor, Kempor, Gendang, Kempol, Kempeleng, dan Ecek-ecek.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768