Hubungi Kami
EN BM

CEMPULING

Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan berasal dari tanah Jawa, lebih khusus dari Jawa Tengah, Indonesia untuk menceritakan kecintaan manusia kepada alam kehidupan. Lirik lagu cempuling lazimnya menceritakan kisah para nabi dan disesuaikan dengan rentak dan melodi. Sebuah lagu yang dimainkan akan mengambil masa selama 5-10 minit. Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan tetapi kebanyakan lirik lagu adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W. Kini, cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam seni warisan ini. Asas alat muzik cempuling ada enam sahaja iaitu Gong, Kempol, Kempreng, sepasang Eteng-eteng (nyaring & rendah) dan Gendang. Kesemua alat muzik akan ini menghasilkan bunyi tersendiri.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768