Hubungi Kami
EN BM

GORDANG SEMBILAN

Gordang Sembilan merupakan salah satu cabang kesenian muzik yang lahir dan popular di negeri Selangor. Lazimnya Gordang Sembilan dimainkan oleh sepuluh orang dan alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang selain alatan sampingan seperti Gong, Cak Lempong, Sesayak dan Seruling. Sejarah Gordang Sembilan di Selangor bermula pada sekitar tahun 1980-an dan merupakan satu cabang kesenian di negeri Selangor.
Secara amnya Gordang Sembilan dimainkan di majlis rasmi kerajaan negeri, adat istiadat istana, majlis berkabung (kesedihan), majlis kesyukuran dan majlis perkahwinan. Irama yang berteraskan daripada alatan muzik gendang berasaskan suara alam dengan cara memukul gendang tersebut. Pada amnya setiap irama yang dihasilkan merupakan irama yang dipilih oleh para pemain sehinggalah pemukul gendang memberi isyarat untuk berhenti bermain.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768