Hubungi Kami
EN BM

KOMPANG JAWA

Kompang Jawa (dikenali juga sebagai Kompang Tiga) merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu berketurunan Jawa yang berasaskan kepada paluan kompang. Terdapat perbezaan antara kompang ini dengan kompang lain iaitu alatan, paluan dan lagu yang didasarkan daripada Kitab Barzanji. Asal mula kompang ini wujud pada zaman Wali Sembilan di Pulau Jawa yang berfungsi sebagai salah satu cara berdakwah untuk menarik minat masyarakat dalam pengembangan agama Islam. Muzik Kompang Jawa ini telah dibawa oleh pedagang dari Kepulauan Jawa ke negeri Selangor pada awal tahun 1900 dan terus dimainkan bukan sahaja di masjid atau surau bahkan di majlis-majlis keramaian seperti khatam Quran, berkhatan, perkahwinan, hari kebesaran serta pesta-pesta yang diadakan secara besar-besaran. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah seperti Assolatu, Bissarri, Ya-Solatun, Sailillah dan lain-lain yang mana seni katanya terdapat di dalam Kitab Barzanji.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768