Hubungi Kami
EN BM

DABUS

Dabus pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan sejenis seni mempertahankan diri. Oleh itu, konsep dabus ialah kepahlawan. Justeru itu, permainan dabus menuntut kecerdasan, ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan ketika bermain. Setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil 'anak dabus'. Penggunaan anak dabus ini ialah untuk memperlihatkan keistimewaan tarian tersebut. Tanpa penggunaan anak dabus, akan hilanglah identiti dabus. Selain anak dabus, antara senjata tajam yang lain yang digunakan dalam persembahan dabus ialah keris, pisau belati, kapak, batu giling dan tali. Permainan dabus akan bermula apabila alat-alat muzik dipalu dan lagu-lagu yang dipetik daripada kitab berzanji dan marhaban dialunkan. Nyanyian dalam persembahan dabus ini mempunyai sekali hadi (korus) dan sekali jawab. Hadi biasanya dipetik daripada kitab berzanji dan jawabnya pula rekaan sendiri di dalam Bahasa Kebangsaan seperti memuji kecantikan negara Malaysia, kecantikan seorang perempuan, puji-pujian, nasihat dan sebagainya. Mengenai pakaian pula, ia bergantung kepada ketua pasukan untuk menentukan warna dan jenis pilihan pakaian ahlinya. Tetapi lazimnya bagi kanak-kanak, mereka memakai pakaian Melayu berwarna hijau pucuk pisang manakala penari dewasa pula mereka memakai pakaian Melayu yang lengkap dan berwarna hitam yang melambangkan kepahlawanan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768