Hubungi Kami
EN BM

GAMELAN

Nama gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga daripada besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau "fixed tuning". Permainan muzik gamelan dilakukan secara "ensemble" dan dimainkan secara berkumpulan. Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768