Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: KEMATIAN - SEMASA & SELEPAS PENGKEBUMIAN

KEMATIAN: SEMASA SELEPAS PENGKEBUMIAN

Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda dan pelbagai jenis harta milik si mati untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut semakin berkurangan kerana banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina, kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi oleh seseorang apabila meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan tinggi adalah lebih daripada tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Selain itu, perkuburan juga dihias menarik sama ada daripada aspek ukiran, warna atau bentuk. Ukiran melambangkan kekayaan si mati ketika hidup, manakala kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu, tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.

Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun, bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri terus memakai baju hitam tersebut lebih lama sebagai tanda berkabung.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Lot 22.2 Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5510 2664
Fax : 03-5510 2839

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768