Hubungi Kami
EN BM

BONGAI

Bongai merupakan muzik yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan. Bongai boleh dikategorikan sebagai lagu - lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai dicipta daripada dua perkataan iaitu perkataan dan perkataan . Perkataan "Bong" bermaksud ;seseorang yang dihormati manakala perkataan bermaksud "saya". Nyanyian Bongai selalu dipersembahkan dalam bentuk berbalas pantun dan boleh dinyanyikan secara solo, berduet dan beramai - ramai. Manakala, antara lagu yang popular pula ialah Cantik Manis, Kapeh, Irama Budu Landai, Donak Donai dan Anak Bocek. Peralatan alat muzik yang selalu mengiringi persembahan muzik Bongai seperti caklempong, accordian, gong, rebana dan tiupan serunai atau salung.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768