Hubungi Kami
EN BM

MUZIK GAMELAN JAWA

Muzik Gamelan merupakan salah satu muzik yang mula bertapak pada tahun 1800. Pada awalnya perkembangan gamelan di negeri ini, muzik tersebut hanya terdapat di istana sahaja dan dimainkan pula oleh kaum kerabat diraja. Namun pada hari ini muzik gamelan bukan lagi menjadi muzik di dalam istana malah sudah menjadi salah satu cabang muzik antarabangsa dan telah menjadi hiburan pada golongan elit serta dijadikan sebagai muzik tradisional yang menjadi identiti rakyat di sekitar kawasan daerah Port Dickson. Antara peralatan alat muzik Gamelan ini seperti gong agong, gong suwukan, kempul, kenong, keromong / bonang , garon demung, garon burung, garon penerus / pekin, glentem, gambang kayu dan gendang gamelan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768