Hubungi Kami
EN BM

DIKIR REBANA

Ia biasa dipanggil dengan berbagai - bagai nama seperti Dikir Arak atau pun Arak Dikir. Perkataan Dikir ini besar kemungkinannya berasal daripada perkataan Arab iaitu Zikir yang bermakna mengingat atau memuji Allah. Ini bertepatan sekali dengan seni kata yang digunakan di dalam Dikir Rebana ini. Kebanyakannya dari bahasa Arab yang dipetik dari Kitab Berzanji yang kebanyakan isinya memuji kebesaran Allah dan Rasulnya. Di Negeri Sembilan khususnya di daerah Rembau, Dikir Rebana selalu dipersembahkan dalam bentuk nyanyian beramai - ramai yang diiringi oleh beberapa buah gendang yang dipanggil rebana yang dimainkan dengan pukulan - pukulan yang tertentu, biasanya untuk memeriahkan dan mengarak pengantin malah untuk mengarak pembesar - pembesar yang datang berkunjung ke sesuatu tempat.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768