Hubungi Kami
EN BM

CAKLEMPONG

Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai taklempong. Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur, caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat. Caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar. Caklempong dijadikan sebagai muzik iringan dan dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya. Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak lagi hanya tertumpu di Negeri Sembilan sahaja malah, muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk mengetahui salasilah dan asal usul muzik tersebut selain menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768