Hubungi Kami
EN BM

KUIH APAM JOHOL

Apam Johol dikatakan berasal dari Johol, Negeri Sembilan kerana terdapat ramai pengusaha dan pembuat makanan tinggal di kawasan ini. Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Apam Daun Rambai kerana ia dibalut menggunakan daun rambai. Terdapat juga beberapa jenis apam yang lain seperti Apam Putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi dan Apam Polkadot.

Kuih ini biasanya diperbuat daripada tepung beras, ragi, santan dan gula yang menjadikannya gebu, lembut dan tidak terlalu manis. Ia sesuai dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah gulai daging dan kuah durian.

JKKN NEGERI SEMBILAN

Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768