Hubungi Kami
EN BM

KUIH SOPANG

Kuih Sopang diperbuat daripada pisang, tepung pulut, santan, gula enau, dan garam, dengan inti kelapa parut. Kuih ini dinamakan sedemikian mengambil sempena pekan Sepang di Negeri Sembilan yang disebut 'Sopang' dalam loghat tempatan negeri berkenaan.

Gaul hingga sebati pisang yang telah dilenyek bersama tepung pulut. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan sedikit garam hingga adunan menjadi pekat serta sebati. Ambil sedikit adunan bulatkan kecil-kecil kemudian masukkan inti kelapa parut dan bentukkan menjadi bujur. Goreng hingga masak dengan api perlahan agar inti dan kulit kuih masak sepenuhnya.

JKKN NEGERI SEMBILAN

Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768