Hubungi Kami
EN BM

RENDANG PUCUK UBI

Rendang Pucuk Ubi diperbuat daripada pucuk ubi kayu dan juga bahan-bahan lain seperti daging lembu, daging ayam, atau ikan bilis, berserta santan, bawang, serai, asam gelugur, garam dan minyak masak secukupnya.

Tumis bawang, daging atau ikan bilis dan cili api di dalam kuali kemudian masukkan santan diikuti serai, asam gelugor dan garam. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi kayu. Gaul dan kacau hingga santan kering. Pastikan api perlahan agar pucuk ubi kayu tidak melekat di dasar permukaan kuali. Kacau perlahan sehingga pucuk ubi betul-betul kering. Kemudian sedia untuk dihidang.

Sajian ini sesuai dimakan bersama nasi putih, dan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk jangkamasa yang panjang dengan menggunakan bekas penyimpanan yang kedap udara.

JKKN NEGERI SEMBILAN

Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768