Hubungi Kami
EN BM

TEMPOYAK DAUN

Tempoyak Daun adalah makanan tradisi dalam kalangan masyarakat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sajian ini dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan juga ikan goreng. Bahan-bahan utama ialah pucuk-pucuk ubi kayu, labu dan kacang panjang. Bahan-bahan sampingan adalah daun-daun kunyit, kaduk dan pegaga, serta petai, ikan bilis, serai, santan, tempoyak, cili padi, kunyit hidup dan garam.

Daun-daun kunyit, kaduk dan pegaga dihiris halus. Kisar cili padi dan kunyit hidup kemudian tumis bahan-bahan kisar dan hiris berserta serai. Masukkan santan dan tempoyak serta kacau hingga sebati dan kuahnya pekat, kemudian masukkan ikan bilis dan petai. Akhir sekali masukkan pucuk-pucuk ubi, labu dan kacang panjang serta garam secukup rasa, dan kacau hingga sebati.

JKKN NEGERI SEMBILAN

Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768