Hubungi Kami
EN BM

DONDANG SAYANG & MUZIK ASLI

Dondang Sayang adalah muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang terkenal di negeri Melaka. "Dondang" bermaksud menghiburkan hati atau sama ertinya dengan dendang, sementara "Sayang" pula ertinya kasih. Paduan perkataan "Dondang Sayang" membawa maksud Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Kewujudan Dondang Sayang tidak dapat dipastikan tarikhnya, tetapi lebih awal daripada kewujudan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Di peringkat awal, Dondang Sayang hanya dinyanyikan tanpa susun atur muziknya dan diiringi oleh alat-alat muzik yang dipalu seperti gendang dan tambur. Kedatangan Portugis ke rantau timur dan menakluki Melaka dalam kurun ke-16 adalah titik permulaan alat muzik biola menjadi salah satu daripada alat muzik Dondang Sayang. Alat muzik yang biasa digunakan dalam sesuatu persembahan Dondang Sayang adalah rebana, gong/ tetawak dan biola. Biola adalah alat paling penting bagi melodikan lagu. Pemuzik Dondang Sayang boleh terdiri daripada empat hingga lima orang.Pantun-pantun yang disampaikan terdiri daripada pantun berkait atau berikat ataupun pantun kerana sempena atau bertema seperti pantun kasih, budi, harimau, ayam, buah, burung, jenaka dan lain-lain. Kini Dondang Sayang telah dijadikan salah satu persembahan yang utama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan bagi memastikan kelangsungan warisan seni yang menjadi tarikan dan keunikan seni budaya negeri Melaka ini.

Tuan Haji Makran Bin Itam

Batu 23 1/2, Jalan Sek. Keb. Tebong,
76460 Alor Gajah,
Melaka.

Tel : 012- 6219385

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768