Hubungi Kami
EN BM

KOMPANG EZHAR

Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan iaitu singkatan bagi perkataan Setia Hati & Suci Hati (S.H) yang disebut dalam bahasa Indonesia. Kompang Ezhar ini merupakan cabang kesenian yang bermula daripada kesenian silat daripada Pulau Bentan Sumatra Indonesia, Seni silat ini telah dibawa ke Singapura oleh Pak Guru Kang Munaji bin Muhammad dan telah dikembangkan oleh anak muridnya Pak Guru Kang Jasman bin Abdul Rahman. Setelah tamat mempelajari seni silat anak-anak murid Pak Guru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu kesenian kompang. Daripada itu wujudlah Kompang Ezhar pada ketika itu. Dari Singapura, kesenian ini telah dibawa ke Melaka oleh Pak Guru Hj Ramli bin Hj Dawam di Kg Duyung. Dari Melaka beliau telah mengembangkan pula ke Kg Cendana Kuala Lumpur. Bermula daripada sini kesenian Kompang Ezhar telah berkembang ke Selangor dan seterusnya ke seluruh pelusuk Malaysia yang telah dikenali sehingga ke hari ini. Zikir-zikir Ezhar kebanyakannya dipetik daripada Kitab Diwanul Hadrah dan rentak pukulan Kompang Ezhar adalah daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada ketika itu.

Persatuan Kompang Ezhar Taman Garuda

Persatuan Kompang Ezhar Taman Garuda
Dt 1494, Jalan Garuda 1
Taman GarudaJalan Gangsa, Durian Tunggal
76100 Alor Gajah Melaka

Tel : 016-357 9252 (Encik Kamaruddin Yaakob)

Tel : 017-325 9352 (Puan Norita Sehat)

Tel : 016-662 3137 (Encik Mohd Nor Abu Bakar)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768