Hubungi Kami
EN BM

REJANG

Rejang adalah sejenis puisi Melayu lama yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Rejang Melayu dan Rejang Cina Peranakan. Melalui satu kajian yang pernah dibuat, Rejang yang asal adalah daripada Rejang Melayu yang mengandungi mesej yang berunsurkan keislaman, manakala Rejang Cina Peranakan merupakan ikut-ikutan sahaja dan berunsurkan percintaan dan kasih sayang. Menurut Kamus Dewan Bahasa, Rejang bermaksud baik buruk hari dengan menggunakan nama binatang dan nama benda. Namun begitu nama binatang dan nama benda ini hanyalah sebagai satu pembayang maksud semata-mata. Dari segi melodi, kesenian Rejang Melayu merupakan Rejang yang asal berunsurkan melodi Arab yang selalunya mempunyai burdah atau lenggok lagunya yang tersendiri. Kesenian Rejang Melayu mempunyai 30 rangkap yang menceritakan tentang perjalanan kehidupan manusia di dunia dari mula hidup hinga ke akhir hayat. Lirik Rejang Melayu juga mengingatkan manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan apa yang dilarang. Sehinga kini kesenian ini makin dilupakan dan agak sukar untuk mendapatkan pelapis yang masih mewarisi sehingga ke hari ini.

Tuan Haji Mohamand Bin Chim

Tel : 06-529 5134

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768