Hubungi Kami
EN BM

NAZAM ARAB

Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran, kitab-kitab Hadis, Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib, Berzanji, Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid, Thamsil, Rubai, Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam. Nazam berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya Nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri. Nazam Arab tiada banyak bezanya dengan Nazam Melayu. Seperti juga Nazam Melayu, Nazam Arab juga biasanya bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat, menuntut ilmu, akhlak dan sebagainya. Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.

Encik Naufal Bin Ahmad Bajuri

Kumpulan Nazam Al-Bahit,
KM 32, Jalan Haji Raya,
Kg Parit Putat,
77400 Sungai Rambai,
Melaka.

Tel : 012-6086765 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768