Hubungi Kami
EN BM

REBANA KERAS

Rebana ialah alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membranophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang dan biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi ataupun sesuatu acara perarakan. Terdapat pelbagai jenis dan nama rebana mengikut kegunaan masing-masing, antaranya Rebana Dikir Barat , Rebana Kercing & Rebana Riba ( Kelantan), Rebana Dabus (Perak) dan Rebana Tar (Terengganu). Di Melaka ianya dipanggil Rebana Keras, biasanya persembahan Rebana Keras digunakan untuk mengiringi perarakan ataupun untuk sesuatu acara sambutan. Persembahan Rebana Keras di Melaka menggunakan dikir puji-pujian dan ada juga yang diubah suai mengikut keperluan sesuatu majlis . Bersesuaian dengan maksud perkataan Rebana yang dikatakan mungkin berasal daripada perkataan Arab "Rabbana" yang bererti "Tuhan Kami" bersesuaian dengan kata-kata dalam dikir tersebut yang kebanyakannya memuji Tuhan.

Encik Rahmat Bin Arshad/Encik Ahmad Yusof Bin Rahmat

Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka,
No. 124-1, Kg Bahagia, Klebang Besar
75200 Melaka

Tel : 06- 3344794/016-6870247

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768