Hubungi Kami
EN BM

KOMPANG KELALANG

Kompang Kelalang merupakan salah satu kesenian identiti negeri Melaka. Berdasarkan maklumat yang diberikan, Kompang Kelalang telah diasaskan sekitar tahun 1914 oleh Tuan Hj Alwi dan telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini. Kompang Kelalang mempunyai sedikit perbezaan dengan Kompang Ezhar iaitu daripada segi pukulan dan juga zikir. Kompang Kelalang mempunyai lima jenis pukulan iaitu pukulan teng-teng, melalu, melingkah, menganak dan mengencak. Manakala daripada segi zikir pula Kompang Kelalang menggunakan zikir bahasa Arab. Setiap zikir mempunyai fungsi dan kegunaan masing-masing yang mana zikir siang dan zikir malam . Setiap satu zikir mempunyai urutan (ada soalan dan jawapan) masing-masing. Antara zikir-zikir yang biasa dimainkan ialah zam-zam, Ya Rabb, Yaman, dan sebagainya.

Encik Sazali Bin Sani

Kumpulan Kompang Kelalang Telok Mas
Kg. Telok Mas, 76400 Melaka.

Tel : 017-6321797 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768