Hubungi Kami
EN BM

JIDURAN

Jidur merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga "membranofon" yang diperbuat daripada batang kelapa yang berongga dan mempunyai bingkai kayu serta bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Jidur boleh dimainkan secara duduk dan juga berdiri. Jidur dimainkan dengan memalu dengan menggunakan dua batang pemalu. Pada kebiasaannya Jidur digunakan untuk mengiringi persembahan kompang mahupun muzik tradisional . Penggunaan alat muzik ini sangat sinonim dengan masyarakat Jawa di Johor, Selangor dan di Melaka. Di Melaka, jiduran biasanya digunakan dalam persembahan kompang terutamanya semasa mengiringi sesuatu acara sambutan atau majlis perkahwinan.

Encik Darmawan Bin Shamsudin

Kesenian Jidoran Paya Dalam Melaka
No.12, Jalan Spd 2, Taman Seri Paya Dalam
75460 Melaka

Tel : 013-2047172 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768