Hubungi Kami
EN BM

MUZIK ASLI

Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik Nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik Asli tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik Asli mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik Asli tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar genre muzik ini yang memperjuangkannya.

Kumpulan Muzik Asli Dendang Irama,

Kumpulan Muzik Asli Hiasan Budaya
Batu 10 1/2 Kg Paya Rumput,
Tangga Batu,
76360 Sg Udang,
Melaka.

Tel : 017-2450138 (Encik Abas Bin Katan)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768