Hubungi Kami
EN BM

REJANG CINA PERANAKAN

Rejang bermaksud "baik buruk hari dengan menggunakan nama binatang dan nama benda" (Kamus Dewan Bahasa). Ia juga merupakan sejenis puisi Melayu lama yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Rejang Melayu dan Rejang Cina Peranakan. Rejang Cina Peranakan dikatakan ikut-ikutan sahaja daripada Rejang Melayu dan mesej yang disampaikan berunsurkan percintaan dan kasih sayang berbanding Rejang Melayu dikatakan rejang asal yang berunsurkan keislaman. Kedua-dua puisi rejang ini mempunyai perbezaan dari segi bentuk, bilangan patah perkataan, bilangan suku kata dan juga cara penyampaiannya. Rejang Cina Peranakan lebih mirip kepada pantun berkait dan hanya menggunakan satu nama binatang atau satu nama benda sahaja dalam setiap empat rangkap pantunnya berbanding Rejang Melayu yang mempunyai 5-6 patah perkataan dan suku kata yang lebih banyak iaitu antara 9-16 suku kata. Cara penyampaian kedua-dua rejang ini juga berbeza yang mana Rejang Cina Peranakan kadangkala disampaikan atau dinyanyikan dalam persembahan Dondang Sayang manakala Rejang Melayu disampaikan dalam bentuk nyanyian berlagu yang unik dan tidak boleh dinyanyikan seperti lenggok lagu asli atau Dondang Sayang.

Badan Kesenian Babah Nyonyah Melaka

Badan Kesenian Babah Nyonyah Melaka
No. 9594, Km 11, Bukit Rambai
75250 Melaka.

Tel : 06- 3352815/013-2108883 (Encik Koh Kim Bok)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768