Hubungi Kami
EN BM

ASAM PEDAS

Asam Pedas terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di Melaka, dan disukai oleh penduduk negeri tersebut serta pelancong dari dalam dan luar negara.

Bahan utama adalah sama ada ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah atau ikan terubuk, manakala bahan tambahan ialah cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, air asam jawa, dan sama ada asam gelugur atau daun limau purut. Amaun kesemua bahan ini mengikut sukatan masakan.

Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar berserta lengkuas sehingga naik bau dan garing. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut sukatan tertentu. Kemudian masukkan ikan yang telah dibersihkan dan akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.

JKKN MELAKA

Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,

75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768