Hubungi Kami
EN BM

CENCALUK

Cencaluk diperbuat daripada udang geragau yang dikatakan mengandungi kandungan protein yang tinggi. Di Melaka, udang ini didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Beberapa langkah dalam pembuatan cencaluk perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu makanan ini terjamin. Udang geragau yang segar disebatikan dengan garam dan sedikit nasi, dimasukkan ke dalam bekas iaitu pasu, guri atau tempayan kecil yang kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang memasukkan sedikit air didih nasi bagi menambah kelazatan hidangan ini. Apabila menghidang cencaluk dicampur dengan cili merah, bawang besar, halia serta perahan limau nipis sebagai penambah perasa.

JKKN MELAKA

Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,

75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768