Hubungi Kami
EN BM

DODOL

Dodol yang terkenal di Melaka boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis, dan kini amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka.

Bahannya ialah santan kelapa, tepung beras atau tepung pulut, gula pasir, gula melaka, jageri (yakni gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula melaka), dan garam. Kesemua ramuan ini diadun melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebihkurang tiga hingga empat jam pada suhu tinggi. Hasilnya, adunan ini berubah teksturnya menjadi melekit, tebal dan rasanya manis.

Terdapat banyak versi warna dodol yang kebanyakannya perang gelap, hijau dan kuning. Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, misalnya terdapat perisa-perisa durian, kelapa dan pisang.

JKKN MELAKA

Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,

75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768