Hubungi Kami
EN BM

SAMBAL SERUNDING MELAKA

Sambal Serunding Melaka sangat popular dalam kalangan masyarakat di daerah Alor Gajah, terutama sekali di Kampung Lanjut Manis. Ia merupakan hidangan wajib pada bulan Ramadan dan juga sering disajikan dalam majlis-majlis perkahwinan. Sambal ini boleh dimakan begitu sahaja atau bersama ketupat atau lemang.

Bahan-bahan utama ialah isi kelapa muda, tempe dan ikan kering kurau. Bahan-bahan daripada jenis dedaun pula ialah daun dan isi cekor, daun limau purut dan daun kunyit. Juga serai, lengkuas dan halia yang kesemuanya dihiris halus. Bahan perasa pula ialah udang kering, cili kering, asam jawa, buah keras, gula melaka, garam halus, bawang putih dan bawang merah.

Bahan-bahan tersebut digoreng satu persatu mengikut jenis-jenisnya iaitu bahan utama, dedaunan termasuk serai, lengkuas dan halia, dan bahan perasa. Langkah terakhir ialah sebatikan kesemua bahan yang telah digoreng tadi di dalam bekas seperti talam atau dulang untuk dihidangkan.

JKKN MELAKA

Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,

75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768