Hubungi Kami
EN BM

ADAT TEMENGGONG MELAYU MELAKA: ADAT PENYERAHAN PERJANJIAN PERKAHWINAN

PENGENALAN

Adat Temenggong masih diguna pakai dalam urusan adat istiadat Melayu di Malaysia. Ia juga sebagai panduan atau peraturan hidup bermasyarakat di dalam sesebuah kampung.

Dalam urusan berkaitan perkahwinan, ia bermula secara berturutan dengan adat merisik atau bertanya, adat meminang, adat bertunang, adat naik belanja yang biasanya separuh daripada jumlah nilai hantaran, dan adat menikah. Peraturan inilah yang dinamakan adat atau peraturan beradab di dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

MAJLIS PENYERAHAN PERJANJIAN PERKAHWINAN

Penyerahan Perjanjian Perkahwinan dilaksana semasa majlis pernikahan. Rombongan pihak pengantin lelaki tiba bersama hantaran dan disambut oleh pihak pengantin perempuan, maka bermulalah sesi penyerahan perjanjian mengikut Adat Temenggong yang meliputi:-

1. Khutbah nikah
2. Majlis Akad Nikah
3.Lafaz Taklik
4. Majlis penyerahan tanggungjawab oleh bapa pengantin perempuan ,
dan
5. Majlis penyerahan mas kahwin oleh pengantin lelaki (pegawai syarak)

Penyerahan perjanjian adat ini dijalankan menggunakan pantun seloka antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan dari awal hingga selesai majlis pernikahan.

Dalam majlis ini juga semua peserta atau sidang memakai Pakaian Adat iaitu pakaian tradisional masyarakat Melayu Melaka yakni baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau baju kebaya nyonya bagi perempuan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
Tel : 06-2331787
Faks : 06-2331784

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768