Hubungi Kami
EN BM

ALU BUNYI

Alu Bunyi merupakan persembahan kesenian yang kedua tertua di Perlis. Persembahan kesenian ini popular dan berasal di kalangan pesawah-pesawah padi. Mereka menggunakan peralatan pertanian bagi menghasilkan bunyi yang unik dan menghiburkan. Salah satu peralatannya adalah lesung padi, yang sebelumnya digunakan bagi menumbuk padi. Pukulan alu ke atas lesung menghasilkan rentak seakan sama dengan rentak dari peralatan muzik gamelan. Lesung dan alu biasanya diperbuat daripada kayu tui, jawi atau retak duri. Mengikut sejarah, persembahan kesenian ini berasal dari pengembara Indochina. Untuk sampai ke Tanah Melayu, mereka telah mengembara menggunakan perahu yang belayar dekat dengan pantai dan mereka tinggal di kampung-kampung. Pendapatan mereka adalah hasil daripada penanaman padi dan mereka memainkan Alu Bunyi sebagai hiburan semasa waktu senggang. Ini kemudiannya menarik minat pesawah-pesawah Melayu untuk turut serta mempelajarinya. Sebuah kumpulan Alu Bunyi mempunyai seramai 12 orang ahli. Mereka adalah terlatih dan mahir menggunakan peralatan muzik. Mereka mengetuk bahagian tengah dan tepi lesung menggunakan alu sambil diiringi alunan bunyi serunai dan ini akan menghasilkan irama yang harmoni. Ia kerapkali dipersembahkan semasa musim menuai dan semasa pesta menuai diadakan, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti membuat emping dan ringgi. Menurut kepercayaan sesetengah pihak, selain daripada hiburan, pesta ini juga adalah sebagai satu cara memuja semangat padi supaya datang ke kampung mereka dan tinggal di jelapang. Dipercayai juga bahawa semangat padi ini akan menghalang perosak padi seperti tikus dan burung daripada merosakkan tanaman mereka.

Encik Mahmud Hashim

Encik Mahmud Hashim
Simpang 3,
Kampung Baru Syed Omar,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 012-468 7728

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768