Hubungi Kami
EN BM

KEMPLINGAN

Kemplingan adalah satu lagi kesenian yang diwarisi dari masyarakat Jawa oleh rakyat negeri Johor. Ia adalah sejenis permainan gendarang mengiringi bacaan rawi yang diambil dari berzanji sama ada bacaannya dalam bahasa Arab (seperti dalam berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau bahasa Jawa. Pada asasnya, peralatan Kemplingan terdiri daripada tiga jenis alat iaitu sebuah gendang, sebuah jidur dan empat buah kempling yang berlainan nada. Ada yang menamakannya sebagai kempling, tempong, kempol dan piong. Namun kini, peralatan sudah bertambah dengan sepasang markas dan sebuah tambrin hingga menjadikan permainan Kemplingan lebih rancak dan menarik. Rangka alat kemplingan ini diperbuat daripada pungka (pangkal) batang kelapa, batang cempedak, leban atau durian mengikut kesesuainnya. Kawasan yang terdapat kumpulan Kemplingan ini kebanyakan di daerah Batu Pahat dan Muar. Pemainnya terdiri daripada 10 hingga 20 orang dan ada juga kumpulan pemainnya mempunyai 23 orang. Selain daripada bermain alat kemplingan sebahagiannya adalah pembaca rawi atau nazam berzanji. Masing-masing boleh bergilir-ganti serta permainan itu sering diadakan untuk memeriahkan majlis keagamaan seperti di majlis kesyukuran, perkahwinan, potong jambul dan berkhatan. Ia juga berperanan seperti kompang untuk mengiringi perarakan pengantin.

Tuan Haji Wahid Mohd Rebin

Perkemplingan Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir, Ledang,
Darul Takzim atau
Tel : 06-976 3908 (R)/017-699 7512

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768