Hubungi Kami
EN BM

LAKSA JOHOR

Laksa Johor berasaskan spageti, ikan parang bakar, hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum, daun selasih, perahan limau kasturi, taugeh, kacang panjang, lobak masin dan sambal belacan. Kuahnya pula menggunakan bahan-bahan ikan parang bakar, santan pekat, bawang dan rempah ratus.

Perbezaan dan keunikan Laksa Johor dengan laksa negeri lain terletak pada penggunaan spageti dan kepekatan kuahnya. Laksa Johor dihidangkan semasa musim perayaan dan majlis-majlis tertentu. Suatu ketika dahulu orang Johor menggunakan tangan untuk memakan hidangan ini kerana dikatakan lebih enak.

JKKN JOHOR

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO,
No 26, Jln Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-224 8270 Fax : 07-223 9413

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768