Hubungi Kami
EN BM

NASI AMBENG

Nasi Ambeng adalah hidangan khas masyarakat Jawa, berupa nasi putih di dalam tampah (dulang) yang dilapik dengan daun pisang, bersama lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk tersebut ialah pegedil, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, mi atau bihun goreng, opor ayam, kerisik dan serunding kelapa, kuih muih serta buah-buahan. Nasi ini dimasukkan ke dalam acuan atau besen terlebih dahulu sebelum dihidangkan agar kenyal dan tidak mudah bertabur.

Dahulunya makanan ini dihidang bukan untuk terus dimakan, sekadar dijamah sedikit sahaja. Selebihnya dibahagi sama rata empat bahagian untuk dibungkus dan dibawa pulang oleh tetamu. Ini bertujuan memohon keberkatan rezeki yang diperoleh.

Kebiasannya makanan tradisi ini dihidang semasa kenduri-kendara seperti kenduri tahlil dan majlis keramaian. Dikatakan nasi ini lebih enak dimakan dengan tangan berbanding menggunakan sudu dan garfu. Penyajian Nasi Ambeng yang terkenal di negeri-negeri Johor dan Selangor merupakan simbol penyatuan, perpaduan, keharmonian serta kebahagiaan masyarakat setempat.

JKKN JOHOR

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO,
No 26, Jln Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-224 8270 Fax : 07-223 9413

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768