Hubungi Kami
EN BM

NASI BERIANI GAM

Makanan tradisi yang terkenal di daerah Muar dan Batu Pahat, Johor ini dikatakan telah diperkenalkan oleh pedagang Parsi kepada orang India dan Pakistan yang berhijrah ke Tanah Melayu. Nama hidangan ini berasal daripada bahasa Parsi, berya(n) yang bererti goreng atau panggang. Di Malaysia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata 'nasi' (contoh: Nasi Briyani, Nasi Briani, Nasi Beriani atau Nasi Minyak).

Nasi ini adalah daripada beras basmati yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran atau daging. Antara bahan lain yang digunakan ialah minyak sapi, cokmar, daun selasih, daun pudina, halia, bawang, safron, daging-daging lembu, ayam, atau kambing, ikan dan udang. Ia disajikan terutama semasa majlis-majlis perkahwinan komuniti orang Melayu Islam, bersama hidangan rendang dan minuman sirap bandung.

JKKN JOHOR

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO,
No 26, Jln Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-224 8270 Fax : 07-223 9413

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768