Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM REWANG MASYARAKAT JAWA JOHOR

Rewang atau gotong-royong adalah sinonim dalam masyarakat Jawa. Aktiviti ini lebih meriah bila masing-masing mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Dahulunya anak-anak muda berebut-rebut untuk menjadi penanggah ataupun kendarat yang bermaksud pelayan. Tetapi fungsi tersebut kini kian lama terhakis kerana majlis kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri serta berpakej termasuk pramusaji.

Kebiasaannya Rewang dilakukan selepas solat Isyak, atau selesai majlis khatam Al-Quran atau berzanji pada malam sebelum majlis persandingan. Antara hiburan yang dipersembahkan ialah kumpulan kugiran, kuda kepang, barongan, joget lambak dan karaoke. Jamuan sup tulang turut disajikan kepada hadirin.

Dahulunya Rewang turut diserikan dengan persembahan bunga api buatan sendiri sebagai penutup acara. Bunga api diisi di dalam batang buluh berukuran enam hingga tujuh inci. Bahan-bahannya ialah buluh sebagai kelongsong, arang yang diperbuat daripada kayu gajus atau kayu getah, belerang, serbuk putih kalium nitrat yang lebih dikenali dengan panggilan siaw, tahi besi dan tanah busut. Rewang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta masyarakat setempat tanpa mengira pangkat, umur atau jantina.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Wisma Perkeso, Aras 6 Kiri,
No.26, Jalan Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
80200 Larkin, Johor Bahru, Johor.
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768