Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM TEBUS PELAMIN/ BAYAR TOL ORANG KAHWIN

Adat ini yang lebih popular disebut duit tol oleh masyarakat Johor sudah lama diamalkan dalam majlis perkahwinan. Adat ini menyekat pengantin lelaki daripada menaiki pelamin sehingga sejumlah duit tol dibayar kepada pihak pengantin perempuan. Terdapat juga sekatan bagi tujuan sama dipanggil tebus pintu. Amaun tol serendah 50 sen hingga RM1.00 dan seterusnya bergantung kepada kemampuan pengantin lelaki membayarnya.

Kebiasaannya yang dipermainkan ialah pengapit pengantin lelaki. Justeru, pengantin lelaki perlu mencari pengapit yang bijak mengawal situasi terutama kanak-kanak di barisan paling hadapan pintu rumah pengantin perempuan.

Keseluruhannya terdapat tiga peringkat tol. Pertamanya, tol tebus laman yang kebiasaannya terdiri daripada kanak-kanak atau pemuda-pemuda dan warga emas yang rewang. Seterusnya, tol tebus pintu/naik pelamin yang kebiasaannya kalangan gadis-gadis, rakan atau saudara pengantin perempuan. Peringkat terakhir ialah tol Mak Andam atau buka kipas, yakni bagi mengalihkan kipas yang menutup muka pengantin perempuan sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan pengantin perempuan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Wisma Perkeso, Aras 6 Kiri,
No.26, Jalan Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
80200 Larkin, Johor Bahru, Johor.
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768