Hubungi Kami
EN BM

GENDANG PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Semenanjung Malaysia merupakan negeri terbesar dari segi keluasannya. Negeri Pahang bukan sahaja terkenal dengan kekayaan khazanah biodeversitinya, malah turut terdapat kepelbagaian adat resam dan budaya yang amat unik dan mempersonakan. Perkara ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu mengasyikkan. Di antara jenis persembahan tradisional yang tergolong dalam kumpulan kesenian Pahang adalah seperti Gendang Pahang. Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato' Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam cabang kesenian ini.

Persatuan Gendang Silat,

Warisan Kuatan, 1942 B (F) ,
Kuarters Jurutera Jkr Kuantan,
Batu 6, Jalan Gambang,
Kuantan, Pahang.

Tel : 017-920 7988 (Encik Nor Azman Bin Saili).

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768