Hubungi Kami
EN BM

KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini kulitnya juga diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit pada bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang bagi menguatkan lagi paluan kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang manakala bahagian badan (bingkai kayu) dipanggil baluh. Di antara belulang dan baluh inilah seurat rotan atau juga dipanggil sedak diletakkan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang lazimnya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang menggunakan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Encik Dollah Mamat @ Pak Lah

012-929 6620

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768