Hubungi Kami
EN BM

MUZIK ASLI

Muzik Asli adalah muzik tradisional masyarakat Melayu yang mengalunkan muzik daripada instrument seperti gendang, violin, akordian, flute, gitar dengan menghasilkan lagu-lagu berentak inang, zapin, joget, asli, keroncong, dan lagu terkini yang sesuai dengan instrumen muzik asli. Kumpulan Muzik asli biasanya lengkap dengan penyanyi lelaki atau perempuan yang mengalunkan lagu-lagu melayu mengikut iringian muzik yang dimainkan. Muzik Asli akan kedengaran di majlis-majlis kenduri kahwin dan temasya rakyat. Tetapi kini, Muzik Asli akan kedengaran di majlis-majlis kenduri kahwin dan temasya rakyat. Tetapi kini, muzik asli telah diangkat dengan mengadakan persembahan di pelbagai peringkat acara di dalam mahupun di luar Negara dan pelbagai lapisan golongan penonton bermula daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan Diraja. Saudara Khalid bin Saari merupakan seorang guru muda yang aktif mempersembahkan Muzik Asli di Daerah Rompin. Kerjaya sebagai seorang guru memberi ruang kepada beliau untuk mengembangkan pengaruh Muzik Asli kepada generasi muda dengan menubuhkan kelab Muzik di sekolah beliau.

Cikgu Khalid Saari

SMK Muadzam Jaya,
26700 Rompin, Pahang.

Tel : 019-5219231/09-4501121 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768