Hubungi Kami
EN BM

GAMUTRA

Sebagaimana yang kita tahu, sejak zaman-berzaman orang telah bermain pelbagai alatan bagi membunyikan sesuatu sebagai tanda untuk memberi isyarat, perkhabaran atau menghiburkan tetamu. Kumpulan Muzik GAMUTRA ialah ringkasan dari Gabungan Muzik Tradisional yang dibentuk oleh penggiat-penggiat seni budaya di daerah Besut. Ianya bertujuan menggabungkan semua kesenian berbentuk muzik tradisional dalam satu kumpulan yang boleh dipersembahkan dalam bentuk orkestra. Alatan yang biasanya digunakan oleh kumpulan ini dalam setiap persembahannya termasuklah rebana ubi, gendang panjang, kertok, gendang makyong, geduk wayang kulit, gong, serunai dan rebab. Kumpulan ini juga akan mempersembahkan lagu-lagu tradisional tempatan seperti lagu Ulek Mayang, lagu Rodat dan lagu Dikir Barat yang mana mempunyai keahlian dari 50 orang sehinggalah kepada 100 orang. Kumpulan Muzik GAMUTRA ini yang mempunyai keahlian antara 50 orang sehinggalah kepada 100 orang boleh mengisi pelbagai aktiviti kesenian termasuklah persembahan seperti silat, wayang kulit, makyong, dikir barat, main puteri, perarakan serta acara sambutan untuk tetamu kehormat. Sehingga kini, pelbagai persembahan telah dilaksanakan oleh Kumpulan Muzik GAMUTRA ini sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kumpulan ini diuruskan oleh Majlis Kebudayaan Daerah Besut.

Tuan Haji Rozali Embong

Majlis Kebudayaan Daerah, Besut
Balai Budaya, JKR 17
Jalan Tengku Long
22200 Besut, Terengganu

Tel : 013-933 3639 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768