Hubungi Kami
EN BM

KERTUK ULU

Sumber kajian lisan ialah seorang tua yang berasal dari kampung ini yang bernama Tuan Hj. Ali bin Ismail yang berusia sekitar 70-an. Menurut ceritanya, nama asalnya ialah Gendang Batak. Asalnya alat muzik ini dimainkan oleh penduduk kampung di sini semasa zaman kedatangan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang menumpang di Ulu Terengganu. Ketika membuat padi huma di Kampung Baong ini, sementara tunggu padi masak, Mat Kilau telah mengambil beberapa batang buluh, mengopek dan meloreknya serta mencipta bunyi-bunyian untuk maksud menghambat burung. Ketika awalnya muzik tersebut hanyalah dimainkan menggunakan irama gendang silat sahaja. Oleh kerana tiada nama sesuai, ianya hanya dipanggil Gendang Batak sahaja. Gendang Batak diperkembangkan semula oleh Tuan Hj. Ali bin Ismail dengan bantuan beberapa orang penduduk kampung sekitar tahun 2002 setelah mendapat sokongan dan nasihat beberapa orang penggiat seni dan pegawai dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu ketika itu. Sekitar tahun 2004, kumpulan muzik ini mula diangkat dan dibawa membuat persembahan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu di banyak tempat sekitar negeri Terengganu. Setelah menerima nasihat daripada pegawai jabatan ini terutamanya Encik Azaha Othman, Rosmadi Abdul Rahim dan Maroof Seman serta penggiat seni iaitu Sarifuddin Hj. Marzuki @ Giegie yang ingin mengangkat kumpulan ini ke persada seni tempatan namanya telah disesuaikan iaitu dari nama asalnya Gendang Batak telah ditukar kepada Kertuk Ulu. Ianya telah diterima baik oleh masyarakat dan diguna pakai oleh pelbagai pihak sehingga ke hari ini. Sehingga kini, kumpulan Kertuk Ulu ini mempunyai keahlian seramai 12 orang tetapi yang aktifnya seramai 10 orang. Kumpulan ini yang dipimpin oleh generasi baru mula menyesuaikan persembahan dengan menggubah lagu-lagu popular semasa dan boleh mempersembahkan 10 buah lagu dalam satu-satu masa.

Encik Mohd Adam bin Isa (Mail)

No. 68, Kg. Baong,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 014-823 9947

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768