Hubungi Kami
EN BM

MUZIK ASLI

Seni suara telah berkembang begitu awal lagi iaitu sebelum kemunculan pelbagai alat muzik samada tradisional ataupun moden. Sebagaimana yang kita tahu, zaman berzaman diketahui hiburan suatu masa dahulu antaranya adalah bercerita. Dalam hal ini, peranan Penglipurlara atau Penarik Gembang begitu penting dalam menghiburkan masyarakat sekeliling melalui persembahan seni bahasa yang berirama samada dalam bentuk syair, gurindam, pantun, seloka, nazam dan sebagainya. Malah, nyanyian lagu asli antara elemen seni suara yang berkembang pesat. Dipercayai seni suara dikesan berkembang peat di Terengganu sejak zaman Tok Ku Paloh lagi. Dengan seni bacaan kitab pelbagai jenis termasuklah seperti berzanji dan marhaban. Ianya turut disahkan dengan pengajaran agama pelbagai peringkat dan pembangunan sastera lisan oleh Penarik Gembang yang berkembang di zaman anakandanya Tok Ku Syed Saggaf yang digelar Engku Klana Raja oleh Sultan Terengganu ketika berguru dengan Pak Man Janggut di Hulu Terengganu. Tradisi mengajar ilmu agama Pak Man Janggut tersebut diwariskan kepada anaknya, Khatib Jusoh yang turut terkenal dengan ilmu agama di Hulu Terengganu. Seni suara tersebut kini diwarisi pula oleh anaknya, Puan Habsah JUsoh yang mula mengangkat nama Negeri Teengganu dalam pelbagai pertandingan seni suara terutama dalam kategori lagu asli di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Puan Habsah Jusoh mula menyanyi sejak tahun 1957 dan telah memenangi pelbagai pertandingan antaranya Johan Pertandingan Lagu Asli RTM(1970), Johan Pertandingan dendang Rakyat (1980), Johan Pertandingan Nyanyian lagu P.Ramlee peringkat Negeri Terengganu (1993),Naib Johan Nyanyian Lagu Asli dan Langgam MAKSAK  Malaysia(1999) di Pulau Pinang, Johan lagu-lagu asli Kawasan Timur (1999), Johan Pertandingan Lagu P.Ramlee RTM Kawasan Timur (2000), Johan Nyanyian Lagu Asli MAKSAK Malaysia di Melaka(2001), menyanyi di beberapa majlis penting seperti Malam Menjunjung Kasih Bersama DYMM Permaisuri Terengganu (2001) dan Festival Tari (2002,2003). Lagu nyanyian popular dan telah diadaptasikan ke drama Tv ialah Selasihku Sayang. Album CD Dendang Rakyat Terengganu nyanyiannya turut dimuatkan lagu-lagu rakyat Terengganu antaranya Ulik Mayang, Anak Udang,Anak Burung Baniong, Itik Gembo-gembo dan Ayun Buai Kokek. Diantara anak didik beliau ialah Mohd Edy Nazren Hamzah dan Mohd Najib Hamzah ( Johan Bintang Asli Remaja Kebangsaan) dan anaknya sendiri, Kuna.

Puan Hafsah Khatib Jusoh

Blok A3/6, Flat Kampung Kolam,
Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu.

Tel : 019-9839592/017 9857870 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768