Hubungi Kami
EN BM

RODAT

Rodat adalah satu bentuk persembahan kesenian yang amat popular di kalangan masyarakat, khususnya di negeri Terengganu Darul Iman. Menurut Kamus Dewan, Perkataan 'Rodat' membawa maksud seni nyanyian Arab yang dialun dengan iringan rebana tar. Dalam pengertian bahasa Arab pula, perkataan Rodat membawa maksud berulang-alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau juga berbalas-balas. Rodat biasanya dipersembahkan di dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, sambut menantu, berkhatan, bertindik, sambutan tahun baru atau pelbagai majlis lain. Persembahan yang ditampilkan pula adalah gabungan di antara nyanyian serta paluan alat muzik yang unik disebut Tarian Rodat beserta satu bentuk tarian. Uniknya kesenian Rodat ialah dari segi persembahan, mesej serta diperkuatkan lagi dengan elemen seni berunsurkan Islam dan amat dihormati kerana merakamkan pujian kepada Allah dan kisah sejarah para rasul. Sebahagian berpendapat bahawa kesenian ini telah dibawa ke rantau ini dari Tanah Arab ataupun Timur Tengah melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan yang aktif kira-kira seabad yang lalu. Sewaktu tiba di Teluk Terengganu, pada sebelah malamnya, anak-anak kapal berkumpul dalam kumpulan lebih kurang 20 orang sambil menyanyi-nyanyi (Rodat) diiringi dengan sebuah alat muzik (Tar) hinggalah waktu larut malam. Alunan lagu (Rodat) serta suara yang lunak bersama-sama tepukan alat muzik tersebut, telah menarik minat penduduk tempatan. Pada awal penubuhannya, Rodat dimainkan di atas tilam di dalam rumah sahaja. Pelenggok atau disebut Awak Dayong hanyalah penari-penari lelaki biasanya seramai 12 sahaja yang duduk atau berdiri sebaris tanpa alat muzik berhadapan pengadi seramai antara tujuh hingga sembilan orang (penepuk Tar Rodat/selawat). Era tahun 1950-an, Rodat dipopularkan dengan penampilan penyanyi dan penari seramai lima orang yang terdiri dari golongan wanita dan dipanggil Mak Inang. Kemuncaknya sekitar tahun 1950-an hinggalah awal tahun 1970-an.

Encik Razak Senik (Pok Jak)

No. 1591 B, Kampung Surau Panjang,
Atas Tol 21070, Kuala,
Terengganu.

Tel : 017-9304494

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768