Hubungi Kami
EN BM

SATA

Sajian harian masyarakat Terengganu terutama pada waktu petang ini terkenal di daerah Kemaman. Ia diperbuat daripada isi ikan yang dibalut dengan daun pisang berbentuk kon. Rasanya seakan-akan hidangan otak-otak, namun berbeza daripada segi fizikal. Sata dimakan bersama nasi putih, atau bersama kopi kosong sebagai kudapan.

Bahan-bahan asas adalah ikan sardin atau selayang, kelapa parut, bawang merah dan halia ditumbuk, daun kesum diracik halus, cili boh, telur, garam, gula, budu, cili api dipotong halus dan perisa makanan serta daun pisang yang dilayurkan. Isi ikan ditumbuk atau dikisar dan digaul dengan bahan-bahan asas yang lain. Masukkan ke dalam daun pisang yang dibentuk kon. Bakar atau panggang dengan api yang sederhana sehingga masak.

JKKN TERENGGANU

Kompleks JKKN Kuala Terengganu, 
20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09 617 8831 Fax : 09 617 8832

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768