Hubungi Kami
EN BM

GHAZAL

Ghazal berasal daripada perkataan Arab 'Ghaz' yang bermaksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Ghazal daripada segi bahasa bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta atau ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazal juga dikenali sebagai suatu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya. Kesenian ini amat popular pada sekitar tahun 40-an sehingga 60-an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian. Jika seni ghazal sinonim dengan Johor, kini ia mula bertapak di Kelantan dengan penubuhan sebuah kumpulan yang sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan. Ghazal Kelantan lebih menyerlahkan lagu-lagu loghat Kelantan dengan alunan muziknya yang sama seperti ghazal Johor.

En. Khairi bin Kerbak

Lot 261, Kg. Jejawi
16100 Pengkalan Chepa
Kelantan.

Tel : 013-9204699

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768