Hubungi Kami
EN BM

MUZIK WAYANG KULIT

Wayang Kulit dipersembahkan dengan iringan muzik bertujuan untuk  membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit ialah Serunai (Utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gedombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong. Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Porwo (Johor) dan Wayang Kulit Gedek (Kedah). Antara alat muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah Gong (Tetawak), Gendang, Geduk, Gedombak, Canang, Mong, Serunai dan Kesi. Bagi Wayang Kulit Purwo pula, alat-alat muzik yang digunakan ialah Gong Besar (Gong Agong), Gong Suwukan, Gambang, Kempul, Kenong, Gender, Slentem, Demung, Saron, Peking (Saron Penerus), Ketok/Kompang, Rebab dan Gendang. Lagu-lagu  yang sering dimainkan untuk mengiringi persembahan Wayang Kulit ialah Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.

Encik Che Isa Che Omar

Kampung Kebakat,
16250 Wakaf Bharu,
Kelantan.

Tel : 014-532 6189

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768